Saturday, December 8, 2012

IQ .. Tinggi ka, Rendah?

Ok, baru-baru ni, saya ada terbaca dekat Facebook mengenai cara mengetahui tahap IQ seseorang. Macam best, saya pun, bacalah. Dan , mengejutkan sikitla apabila sebenarnya, tanpa kita sedari kita telah menunjukkan betapa rendahnya IQ kita dihadapan orang ramai. Malah, dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, dan banyak lagi, kita telah memberitahu dunia betapa RENDAHNYA IQ kita.


Ha, terkejut tak? Ngee..
Ok, sebanarnya, melalui coretan kita, kita sudah mampu melihat tahap IQ seseorang itu. Ok, saya bagi contoh , agar lebih mudah difahami. Katakan korang sedang online, then, nak komen sesuatu, korang, kita mesti akan gunakan short-form kan... Misalnya, 'nice pic!' Atau, 'Hye! bz x?' Short-form yang kita gunakan menunjukkan kita ni rendah IQnya.. Nak nak lagi, orang Melayu, kalau boleh, nak tulis seringkas yang boleh. Ha, contah terdekat, sayalah.!
Merujuk kepada artikel yang saya baca , orang yang tulis panjang-panjang (in full-form) IQnya lebih tinggi, kerana secara tidak langsung, dia telah mengajar otaknya untuk memikirkan perkataan-perkataan yang tepat ejaannya sahaja. Jadi, dalam exam nanti, takde la yang akan keliru dengan ejaan.'' Ada dua 'k' ke ha perkataan ni, ke satu 'k' tah..?? Hmmm...'' 
Haa.. Lagipun, tak susah pun nak eja panjang-panjang ni. Kebaikannya kita jugak yang dapat. Takut orang panggil skema? Ha, lantaklah dia. Tak pun , cerita la pasal benda ni kat dia. 
Saya pun, baru tahu tentang perkara ini. Sebelum ni pun, saya short-form juga. Tengah cuba ringan-ringankan tangan untuk buat benda ni. Takpe, perlahan-lahan la cuba. Insyallah, lama-lama ok la tu.


Ha, dah sudah.. Senyum sikit!