Saturday, December 8, 2012

IQ .. Tinggi ka, Rendah?

Ok, baru-baru ni, saya ada terbaca dekat Facebook mengenai cara mengetahui tahap IQ seseorang. Macam best, saya pun, bacalah. Dan , mengejutkan sikitla apabila sebenarnya, tanpa kita sedari kita telah menunjukkan betapa rendahnya IQ kita dihadapan orang ramai. Malah, dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, dan banyak lagi, kita telah memberitahu dunia betapa RENDAHNYA IQ kita.


Ha, terkejut tak? Ngee..
Ok, sebanarnya, melalui coretan kita, kita sudah mampu melihat tahap IQ seseorang itu. Ok, saya bagi contoh , agar lebih mudah difahami. Katakan korang sedang online, then, nak komen sesuatu, korang, kita mesti akan gunakan short-form kan... Misalnya, 'nice pic!' Atau, 'Hye! bz x?' Short-form yang kita gunakan menunjukkan kita ni rendah IQnya.. Nak nak lagi, orang Melayu, kalau boleh, nak tulis seringkas yang boleh. Ha, contah terdekat, sayalah.!
Merujuk kepada artikel yang saya baca , orang yang tulis panjang-panjang (in full-form) IQnya lebih tinggi, kerana secara tidak langsung, dia telah mengajar otaknya untuk memikirkan perkataan-perkataan yang tepat ejaannya sahaja. Jadi, dalam exam nanti, takde la yang akan keliru dengan ejaan.'' Ada dua 'k' ke ha perkataan ni, ke satu 'k' tah..?? Hmmm...'' 
Haa.. Lagipun, tak susah pun nak eja panjang-panjang ni. Kebaikannya kita jugak yang dapat. Takut orang panggil skema? Ha, lantaklah dia. Tak pun , cerita la pasal benda ni kat dia. 
Saya pun, baru tahu tentang perkara ini. Sebelum ni pun, saya short-form juga. Tengah cuba ringan-ringankan tangan untuk buat benda ni. Takpe, perlahan-lahan la cuba. Insyallah, lama-lama ok la tu.


Ha, dah sudah.. Senyum sikit!

Friday, August 17, 2012

Pembuka Kata .

Assalamualaikum..
Hye, naughty boyes (boys) and nice gigirl..(girls)..
Ok, ini merupakan blog baru.
Baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog. Dulu, blog - blog ni, memang femes. Tapi, tu zaman kecik - kecik dulu. Nak tergelak guling - guling jugak tengok blog aku dulu. Semua benda nak bubuh. Jam kiri kanan ada.. Lagu ? Jangan cakap la.. Lagila.. Banyak.. Yang merapu pulak tu..  Tak dilupakan ARTIS - ARTIS yang tengah Hot masa tu.. Gambar depa memang terpampang besar -besar kat blog. Nak tunjukkan kesetiaan la katakan.. Nak tunjukkan betapa minatnya kita kat artis tu la.. Tapi, tu dulu, sekarang tidak lagi. Aku kan dah besar. Eh, besar ke? Oke, besar.. Lebih molek, kita cakap, Dewasa ..

Aku maybe tak mampula nak jadi macam Bloggers -bloggers yang lain , but at least aku cuba kan.. ?? Blog ini maybe tak kan ada la Followers sebanyak mana yang Blog GITAR PUTEH .. Aku mana femes macam Gitar Puteh aka Red. Kan..? Kan..?

Kenapa aku nak ada blog?

Kerana, aku suka sangat buat blogwalking. Baca blog orang. Hey! Even, orang tu takde isi pun dalam penulisan blog dia, Followers bapak banyak. Nak , nak yang gurls. Hot chicks la katakan.

Sedikit mengenai aku .

Aku Kaum Hawa . Yang meminati bidang Sains dan Sastera . ( seyes.) Anak kelahiran Negeri Merah Kuning , tapi menetap di Utara.. So , kalau ada entry aku yang kluar loghat Utara.. Janganlah hairan ..

Ok, selesai dulu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.